Internship with Tabung Haji

Hai . Assalamualaikum .
Sebenarnya saja je gedik nak menulis blog . Hehe
Oke so now , nak story sikit pengalaman ber-praktikal . Kite study Islamic Finance (Banking)(Hons) . Untuk semester akhir, student kena praktikal dulu dengan industri untuk tamatkan pengajian . Sekarang ni kite tinggal seminggu lagi nak habis praktikal (najiha so excited gaisss) haha.

Before pilih tempat praktikal tu niat asal dia nak menyelaraskan course dengan tempat praktikal (konon-kononya), kite pilih untuk praktikal dekat Tabung Haji . Sebenarnya tak selaras pun sebab Tabung Haji is not actually banking industry . More to non-banking financial institution . Tapi takpe lah sebab nak dekat dengan rumah pun .

Tips sikit kite nak bagi . Sebenarnya kalau nak praktikal , kalau boleh pilih tempat yang dekat dengan rumah kita (sangat save budget yee kawan-kawan) , tapi depends lah . Kalau rasa nak be independent and get more experience and kawan-kawan ada budget lebih untuk praktikal jauh dari rumah , why not kan?

Ni pulak kite nak share macam mana cara kita apply nak intern dekat Tabung Haji .
1. Call dulu TH branch mana kita nak apply intern tu (untuk tanya, branch tu ada amek student intern atau tak?)
2. Kalau ada , mintak email staff yang in-charge untuk practical student tu supaya kite mudah nak hantar kite punya resume, application letter, confirmation letter and partial transcript (result semasa)
3. Tunggu seminggu after tu try call untuk tanya progress application kita tu .

Actually, bukan branch yang uruskan pengambilan student praktikal tau . HQ yang akan approve korang boleh atau tak practical dekat branch tu . Ni email HQ kalau korang nak mudah "praktikal3@lth.gov.my" . Apply melalui HQ lagi cepat proses dia sebenarnya . Kaedah dia sama jugak , after hantar resume end else tu korang kena jugak call after one or two weeks untuk tau progress. Oke settle part nak apply untuk practical with Tabung Haji .

Next post kite akan share hows my experience sepanjang kite intern dekat situ . Nak tau best ke tak? Tunggu next post oke .

Comments

  1. salam, so kena submit application ke HQ terus ke ? perlu call HQ atau branch yang kita nak intern tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam . Saya apply terus ke hq and after a week macam tu cuba call semula hq untuk dapat kan feedback . Dah dapat confirmation placement nanti baru call branch untuk inform kite dapat intern situ

      Delete
  2. Btw tabung haji ada provide allowance tak sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Provide . Rm15 per day

      Delete
    2. Roughly yes rm300 . But its still depends bape hari u bekerja . Kalau 10 hari je . Just 10x15

      Delete
  3. Assalam... hi nk tnya mcm mana pengalam awk skrng di TH?..sy pun dpt tawaran intern di TH bln 9 ni.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TH ada terima student practical utk awal bulan 8 ni tak sis? mcm mana nak dpt kn tawaran terus tu ya? kalau terus walk in ke hq boleh ke?

      Delete
  4. Hai nak tanya, awak hantar resume semua melalui pos atau email sahaja ?

    ReplyDelete
  5. kalau nak emel hq, boleh emel dekat alamat tu ke?

    ReplyDelete
  6. Assalam..nak tanye.bile nak buat follow up tu..call nombor yg mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu saya cuba call hq untuk mintak no fon pic intership , kena sambung sambung then baru dapat cakap dengan orang yang in charge tu puan rahimah

      Delete
  7. Hi assalam, nk tanya TH akan tgk POINTER kita tak? sorry being asking this. sbb nak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jaga bahagian pengambilan praktikal dulu.Pointer xkisah janji lepas 2.50. Soo...nak senang call direct hq sambung ke talian pengurusan praktikal

      Delete
    2. Kalau bahgian diploma it in multimedia dia ada guide tak?

      Delete
    3. normally no matter what your backgound study, they still teach you well about what you need to do, so no worries

      Delete
  8. boleh saya tahu email tabung haji untuk student intern? ke email yang sama macam awak post tu?

    ReplyDelete
  9. assalam.. confirmation letter tu mcm mana? dibuat sendiri ke diberi..

    ReplyDelete
  10. hai salam nak tanya, dalam email kita nak hantar tu dia ada suruh hantar satu gambar passport, so how u hantar?

    ReplyDelete
  11. asalamualaikum ,, nk tya scope kerja as interns student apa ya? or experience awk dulu masa kerja kt th? tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam, more to back office since im intern at branch, so i learn everythings :)

      Delete
  12. Hi, saya baru nk apply intern kat TH. Saya pun kos islamic finance jugak. Relate tak job scope tu dgn course kita? Probability nak dpt offer intern kat situ awak rasa cane? Susah tak ye nk dpt? Maaf byk tnya sbb saya nervous😅

    ReplyDelete
  13. hai nk tnya nnt lapor diri dimana ya ? pergi dekat hr ke ?

    ReplyDelete
  14. Sis. Email ni valid lagi ke? Klau mcm nak praktikal dekat brach, mention dlm email atau inform mase call diaorg?

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum.nak tanye boelh?
    lau dh hantr emel ke HQ, Mcm mne kite nak mintak dekat branch yg kite nak tu? kite bgithu dlm offer letter or slepas kite hntr segala doc tersbut?

    ReplyDelete
  16. Sis nak tanya, dkt page TH ada bahagian practical tu kena sign up bagai. Kena buat ke or just call n send resume through email?

    ReplyDelete
  17. Saya da kol TH branch ..tpi dia suruh kita mohon intern di online.. Apa ye laman web untuk portal TH?

    ReplyDelete
  18. Nak tanya, sy dh habis belajar diploma.. University tmpat sy bljar tak sdiakan praktikal so bleh tak sy nak mohon praktikal sndiri.. Sbbnya sy graduate diploma in banking.. Tapi sy tak tahu mcm mana lagi cara nak dapaf kerja di bank.. Kbyakkan nak yg ad pengalaman kerja.. Sy mana ad pnglaman kerja di bank.. So mcm mana yee. Bleh awk bantu saya??

    ReplyDelete
  19. Salam mana mana nak isi online utk intern di th

    ReplyDelete
  20. Hai saya nak tanya, ada dia kata yang document untuk send tu tak boleh read only macam mana ehh awak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, nak tanya, awak isi online ke untuk mohon intern tabung haji? macam mana ye

      Delete
    2. https://www.tabunghaji.gov.my/en/career-industrial-training dekat link ni

      Delete
  21. Berkaitan dengan pointer berapa iyer kalau nak intern dekat TH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi maaf mencelah. saya skrg tgh intern kt TH & menguruskan kemasukan pelajar latihan industri seluruh Malaysia. CGPA kena lebih 3.00. Apply dekat website sebabnya thru email tak dilayan. https://www.tabunghaji.gov.my/en/career-industrial-training . tolong attach resume, surat pengesahan dari Universiti & mini transkrip (latest result).

      Delete
    2. Maaf sy nk bertanya,sy dh mohon melalui portal dan masih belum mendapat jawapan selepas sebulan. Kenapa ye ? Sy juga menepati kesemua kriteria dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

      Delete
    3. hi. mungkin Tabung Haji yg awak pilih tu dah full. try call HQ tanya cawangan mana lagi yg memerlukan student praktikal. Saya praktikal di Tabung Haji juga, and stakat yg sy tahu Tabung Haji tak ambil ramai student praktikal utk satu masa. Sama dengan company lain

      Delete
    4. hi. saya nak tanya, saya dah mohon thru website tu tapi tak tau pulak kena masukkan letter dari university. kiranya permohonan saya tak lengkap ke? dah nak dekat sebulan saya tunggu feedback dari th tapi takde respond

      Delete
    5. hi. saya nak tanya, saya dah mohon thru website tu tapi tak tau pulak kena masukkan letter dari university. kiranya permohonan saya tak lengkap ke? dah nak dekat sebulan saya tunggu feedback dari th tapi takde respond

      Delete
  22. hi. mungkin Tabung Haji yg awak pilih tu dah full. try call HQ tanya cawangan mana lagi yg memerlukan student praktikal. Saya praktikal di Tabung Haji juga, and stakat yg sy tahu Tabung Haji tak ambil ramai student praktikal utk satu masa. Sama dengan company lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. nak tanya, pelajar degree syariah boleh ke apply intern di tabung haji?

      Delete
  23. Assalamulaikum, nak tanya, kalau kita call dulu branch TH nak tanya open tak internship ok tak? Lepastu baru mohon online?

    ReplyDelete
  24. Saya nak tanya kenapa saya isi permohonan online internship dekat portal career TH tu tak boleh nak pilih position applied 1st choice. Kalau tak isi yg tu tak boleh nak save&next 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama. tak boleh save & next. siapa tahu macam mana nak buat?

      Delete
    2. hi. awak kena tunggu bila dia ada open position. saya mula mula pun tak tau. kena check setiap hari tengok ada kosong tak. waktu saya bukak tu alhamdulliah ada banyak kosong and branch saya nak tu pun ada open

      Delete
    3. hi. nak tanya,, degree syariah boleh ke apply intern di tabung haji?

      Delete
  25. assalamualaikum, saya nak tanya biasanya jawatan apa yg budak intern apply ye?

    ReplyDelete
  26. Hai nak tanya, untuk apply TH for internship ni kita kena log in dulu ye? kiranya kena daftar TH lah ye?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum nak Tanya kalau kita nak minta th Perlis just bgi tahu terus dgn hq tu eh?

    ReplyDelete
  28. Casino games & slot machines for sale | Goyang Entertainment
    Discover everything you need 먹튀폴리스 검증업체 to know about Casino 대딸 야동 games and find an exciting 블랙잭사이트 casino for your next gaming trip. Find 일본야구분석사이트 your lucky games at a variety 1xbetapp of

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum, nk bertanya since sy ni dr course civil engineering,boleh ke sy intern di TH?

    ReplyDelete

Post a Comment